Wednesday, April 20, 2011

1,2,3....
aku rasa semuanya macam berlaku dalam sesaat. mudahnya. cuma mungkin aku saja yang merumitkan. hidup tak susah kn sebenarnya? jadi, kenapa kau susahkan diri? ahh ape ni...




**merepek repek makan kerepek. 


lama tak mengonline kn diri. sengaja. sengaja hilang daripada semua ni. mungkin mencari masa untuk diri sendiri. 2,3 hari lepas, dalam keadaan sangat2 fragile, aku teringat seorang teman. katanya ketika sedang marah, dia akan bertukar menjadi makhluk berwarna hijau. aku tersenyum sendiri . rindu . pada masa itu juga ada kenangan datang bertandang. waktu di pontian dulu. zaman kanakkanak.walaupun sekarang masih kanakkanak. haha.


2,3 hari lepas jugak,aku banyak muhasabah diri. semalam juga aku telefon seorang teman. sambil nangisnangis **mukatakmalu, aku cerita apa yang aku pendam. katanya, hidup ini ada plus minus. jika kau mahukan sesuatu kau perlu korbankan sesuatu. katanya, aku bukan degil, aku cuma tegas dengan kemahuanku. katanya, apa yang Allah berikan nanti lagi best. dan lebih baik semestinya. mengapa perlu persoalkan..? Dia tahu apa untuk kau. doa sajalah.itu kerja Dia. kita merancang. tapi rancangan kita tak sehebat rancangan Dia. Dia maha tahu. jadi kau masih mahu ragu? 


kau manusia. tak salah kau kecewa.. moga kau jadi orang yang berjaya. aku tahu kau boleh berjaya. tapi kau kena mintak izin ngan Dia. sebab semua milik Dia. kau kena bangun. kau jangan pendam sorang diri. dan kau tak perlu kata kau ok bila kau tak ok semata-mata taknak susah kan orang lain. semata-mata kau takutkan orang lain. yang makan diri tu kau. apa guna ada orang yang rapat dengan kau? dengan orang yang sudi msg kau tiap2 hari untuk tahu keadaan kau? daripada situ kau tahu sudikah orang tu kongsi duka kau.salah satu daripada nikmat hidup yang perlu kau syukuri.


hari ini, aku rasa aku datang semula. mungkin pagi tadi mataku sembap.makin sepet. serase tidak mahu bangun daripada dunia mimpi. tapi ini realiti yang perlu aku tempuhi. hidup ni satu permainan. dan aku perlu teruskan bermain. supaya aku tidak kalah. aku masih ingat, aku pernah ingin menjadi seperti bonzai. kecil2 namun berharga. aku harap, semuanya yang ditentukan, semuanya yang terbaik untukku.


aku syukur. rezeki bertambah. ouh gaji..$_$.. minggu lepas, minggu ni, minggu depan.(hope for all those next2 week) dapat kerja ofis. betul. Dia lagi tahu. disaat aku memerlukan satu waktu penuh bekerja supaya aku tidak berfikir yang bukan-bukan. dan aku dapat waktu bekerja yang penuh itu. terima kasih. walaupun sku seorang perampun terpaksa bekerja dan disakat makhluk 3 org(mior, zulhilmi dan syafiq) skurangkurangnya aku tidak seorang. siapa mahu sokong aku? sila.. angkat kening..


minggu ni jugak, aku habiskan 2 novel english. dan telah membeli satu buku motivasi, chicken soup for the soul. siti rohayu md nor, sila JELES. haha


sampai sini sahaja,
senyum selalu.
ceria~~


p/s: terima kasih pada semua SAHABAT yang masih, sedang, hopefully xberganjak, untuk aku. 







2 comments:

Anonymous said...

ain... salah eja nama :(
siti rohayu binti mohd nor
btw, nt ak curik buku tu! haha

cik ain muncet said...

syg! <3 haha.. nt sok aq bwk buku tuu ekk.. hehehe